PEDi

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Sukau mengucapkan Selamat Datang kepada anda semua yang sudi melawat ke portal  kami. Untuk pengetahuan anda semua PEDi Kg. Sukau belum beroprasi lagi buat masa ini dimana bangunan kami masih dalam  proses dinaik tarafkan. Dengan adanya portal ini komuniti setempat diharap agar dapat didedahkan dengan segala maklumat dalam  menuju era Teknologi Maklumat yang modern kini.

 

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah penubuhan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom  Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Sejagat (PPS) dengan memberi fokus Kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

 

Objektif penubuhan PEDi adalah seperti berikut:-

1. Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet

3. Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

4. Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

Maka itu, Pusat Internet Kampung Sukau telah diwujudkan pada bulan NOVEMBER 2008 dimana yang terletak di kawasan tangah KG.Sukau. Dan kini untuk pengetahuan anda semua, Pusat Internet sukau telah mendapat kelulusan naik taraf dan talah di pindahkan di kawasan perumahan PPMS. yang berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sukau.

 

APAKAH PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)?

Bermula pada penghujung tahun 2012, nama bagi Pusat Jalurlebar Komuniti atau lebih sinonim dengan PJK telah ditukarkan kepada nama baru yang lebih gah , iaitu Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)  dan sekarang ditukar lagi kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama.

Pusat Internet (PI) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

PERKHIDMATAN

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) menawarkan latihan secara PERCUMA kepada semua golongan yang telah menjadi ahli. Antara jenis latihan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Pengenalan asas komputerAsas
  • internetAplikasi elektronik – e-kerajaan, e-dagang, e-pembelajaran
  • Desktop Publishing – Microsoft Office
  • Antara perkhidmatan lain:
  • Perkhidmatan Internet jalur lebar
  • MencetakScanning
  • fotostat laminatebinding
  • zon tanpa wayar (wifi)

 

OBJEKTIF

  • Menjadikan medan ICT sebagai medium untuk merapatkan jurang digital.
  • Menambah pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat.
  • Mewujudkan sistem latihan berterusan untuk melahirkan masyarakat yang mahir, berilmu dan berdaya saing.
  • Mewujudkan sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.
  • Menyediakan kemudahan ICT dan perkhidmatan yang berteraskan komuniti.

 

 

 

 


WAKTU OPERASI

Setiap Hari (Sabtu - Ahad)

8.00 pagi - 5.00 petang

Waktu Rehat : 1.00 petang hingga 2.00 petang

Waktu Rehat : Jumaat 11.30 pagi hingga 2.00 petang

Ditutup pada Cuti Umum 

 

 

PETUGAS PEDi SUKAU

Terdapat 2 orang petugas di Pusat Ekonomi Digital Sukau iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus

Pengurus

kak-mala

Nama : Nurmala Binti Abd Karim

No Hp : 016-5860922

 

 Penolong Pengurus

Syafiqah 

Nama : Nur Syafiqah Binti Arbani

No Hp : 019-894774

 

Atau boleh Email kepada kami : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook PEDi : Pusat Ekonomi Digital - PEDi Sukau 

 

 

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi no telefon petugas di atas