PUSAT EKONOMI DIGITAL 

Bermula pada penghujung tahun 2012, nama bagi Pusat Jalurlebar Komuniti atau lebih sinonim dengan PJK telah ditukarkan kepada nama baru yang lebih gah , iaitu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan kemudiannya  sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk mendekatkan lagi pengetahuan ICT kepada semua kelompok masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama.

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan satu projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

img261

 

20170729 142131

PUSAT  EKONOMI DIGITAL SUKAU LAMA

 

PEDi-Sukau

PUSAT EKONOMI DIGITAL SUKAU KINI 

 

 

  

Sejarah Kampung Sukau Kinabatangan

Bermula sejak dari abad ke 15 lagi,kawasan Kinabatangan terkenal  dengan hasil-hasil keluaran hutan seperti madu lebah,damar, sarang burung, rotan, kayu-kayu dan sebagainya pada pedagang-pedagang dari Negeri Cina, Kerajaan Sultan Sulu dan British North Borneo ( Chaetered Compeny)1884. Ketika itu terdapat sebuah Kampung iaitu Kampung Melapi adalah asal usul Kampung Sukau sekarang ini. Ianya terletak berhampiran muara Sungai Menanggol sebagai laluan terpenting untuk pergi ke Gua Gomantong (jalan kaki) pada ketika itu melalui jalan pintas di pintasan Bilit (nama tempat dalam Sg.Menanggol). Oleh kerana atas dasar kemajuan dan kesesuaian maka berlakulah pemindahan tapak baru Kampung, terletak tidak berapa jauh dari tempat asalnya nama "Kampung Sukau" menjadi pilihan atas sebab penggunaan 'rotan sukau' yang meluas dan didapati dengan banyaknya di kawasan ini. Rotan-rotan sukau digunakann untuk membuat tangga-tangga tergantung bagi tujuan naik dan memetik sarang-sarang burung layang-layang tersebut.

Orang Sungai yang berpegang teguh pada ajaran Agama Islam adalah suku kaum dari mula adad tinggal di kawasan Kampung Sukau. Dibukitikan dalam sejarah dan masih menghuni di semua kampung-kampung yang ada di sepanjang tebing Sungai Kinabatangan Khususnya Kampung Sukau. Patuh dan menjagamaruah bangsa dengan adat resam tradisional peninggalan nenek moyaang, yang amay jelas sekali dan terunggul peninggalan tersebut ialah loghat(dialek) Bahasa Suku Sungai yang dipraktikkan di dalam pertuturan harian hingga ke hari ini. Bahasa Suku Sungai yang menetap di kampung Sukau ada persamaannyadengan Bahasa Idaan Yang menetap di Kampung Segama Lahad Datu. Penggunaan alat-alat tradisi,kemasan pakaian tradisi, pemakanan, mata pencarian rezeki keluarga yang di darat dan sungai adalah satu  identiti terunggul perlu dijaga supaya tidak hilang dan pupus ditalan zaman di arus pembangunan. Namun mata pencarian kehidupan di kurniakan lagi di alaf baru ini. Terkandas di seluruh pelusuk dunia dengan kepentingan-kepentingan bagi manusia sejagat. Tumbuh-tumbuhan dan Haiwan-haiwan menjadi tarikan bukan saja kepada para penyelidik dan ahli sains tetapi juga pada penggemar dan peminat alap semulajadi ciptaanNYA. Perhatian dan pengiktirafan demi pengiktirafan telah diberi dari kajian-kajian sejak awal tahun 70an dan berterusan hingga kini. Ianya tetep akan berterusan atas kesinambungan pertemuan demi pertemuan dan kesedaran pihak atasan yang akan mengekalkan untuk kehidupan masa depan masyarakat setempat. Dengan tercatatnya sejarah bangsa yang beridentiti maka berterusanlah kehidupan bangsa itu sendiri. Walaupun pernah dibaui dengan kegairahan dan puji-pujian diwaktu kekurangan pendedahan dan ilmu pengetahuan. Pengiktirafan kawasan hilir Kinabatangan sebagai hadiah kepada dunia dan berjanjikan ianya adalah 'Kawasan Alam Semulajadi' untuk kepentingan masyarakat setempat. Kehidupan itu adil dan peluang untuk membangun tetap ada. Yang penting adalah tangkaian kerjasama dan sokongan padu berkekalan.

 

sumber:http://jkkk-kg-gdw-sukau.blogspot.sg/p/blog-page.html